Dakar Rally

Rali Dakar (Mal., Bru.) atau Reli Dakar (Ind.; Bahasa Inggeris: Dakar Rally, Bahasa Perancis: Rallye Dakar - "Bolak-Balik Dakar") adalah rali tahunan yang dianjurkan oleh Organisasi Sukan Amaury melibatkan perlumbaan berketahanan tinggi dalam pelbagai jalan berpermukaan dan iklim sejauh 800–900 kilometer (500–560 bt) setiap hari. Penyertaan ia terbuka untuk kedua-dua pihak amatur dan profesional - peringkat amatur biasanya merangkumi sekitar lapan puluh peratus pesertaan acara ini. Ia dimulakan sejak awal tahun 1978 menumpu kepada perlumbaan dari Paris di negara Perancis jauh ke Dakar di Senegal.Ancaman keselamatan dalam tengah litar di Mauritania sejak dekad 2000-an tidak sahaja menyebabkan pembatalan Rali 2008, malah memindahkan acara ini dari 2009 hingga 2019 di Amerika Selatan.[1][2][3] Acara tahun 2020 bakal diadakan di Arab Saudi.